in Education

Perkataan ‘crowdfunding’ semakin didengar di Malaysia

tetapi apa dan bagaimana untuk melakukannya?

Baru-baru ini hangat dihebohkan tentang crowdfunding, satu fenomena baru yang datang dengan penggunaan telefon pintar dan internet secara berleluasa.

Ramai yang bertanya kepada kami melalui live chat di Skolafund.com, media sosial dan juga email, tentang konsep crowdfunding. Mudah-mudahan dengan pencerahan melalui blog post ini, kita boleh kenal konsep crowdfunding dengan lebih dekat lagi.

Di sini, kami akan menjawab 5 soalan yang biasa Skolafund terima oleh orang ramai. Kami berharap bahawa dengan artikel ini, ia memudahkan kita memahami serba-sedikit tentang Crowdfunding.

Dan kami janji, ia hanya akan mengambil masa 3 minit sahaja!

1. Apa yang dimaksudkan dengan crowdfunding?

Crowdfunding adalah proses pengumpulan dana dari orang ramai di atas talian. Konsepnya sama juga dengan konsep tabung amal di mana ada orang yang bawa tabung itu merata-rata untuk kumpul dana dari orang ramai. Namun, Crowdfunding membawa proses pengumpulan dana ini ke atas talian. Crowdfunding ini biasanya dijalankan di platform crowdfunding seperti Skolafund.com. Ada juga platform-platform global lain seperti Gofundme.com dan juga indiegogo.com dari Amerika Syarikat.

2. Ada tak contoh-contoh crowdfunding?

Skolafund.com adalah salah satu contoh platform crowdfunding di Malaysia. Di platform Skolafund.com, kami membantu para pelajar universiti mengumpul dana dari orang ramai untuk biasiswa mereka.

Dalam beberapa bulan yang akan datang, kami juga akan membenarkan pelajar-pelajar universiti untuk menggunakan platform Skolafund.com untuk tujuan lain seperti mengumpul dana bagi projek-projek dan juga penyelidikan mereka. Setiap orang yang mahu mencuba Crowdfunding untuk mengumpul dana, harus memulakan sebuah kempen.

Crowdfunding ialah cara mengumpul dana dari rakyat

Secara ringkas, ‘kempen’ adalah sebuah lelaman web yang dikhususkan untuk tujuan crowdfunding. Di bawah ini adalah dua paparan skrin yang menunjukkan dua kempen crowdfunding di Skolafund.com yang berjaya mengumpulkan dana untuk tujuan biasiswa.

Luqman Alhakim, seorang pelajar Universiti Al-Azhar memulakan kempen crowdfunding dengan sasaran RM 7800 tetapi berjaya memperoleh RM 9147, jumlah yang lebih daripada target yang disasarkan.

Baca tentang pengalaman Luqman dalam menjalankan kempen berjaya daripada dirinya sendiri di artikel ini!

 

“Crowdfunding was not just about raising funds – I also received a lot of love.”

Puah Chien Yee adalah seorang pelajar Universiti Sains Malaysia yang memulakan kempen crowdfunding dengan sasaran RM 10,000, tetapi dia berjaya memperoleh RM 12,394, jumlah yang lebih daripada target yang disasarkan.

Ingin tahu rahsia kejayaan crowdfunding Chien Yee dan mesejnya untuk para penaja yang membantunya pergi ke Canada? Kita tanya, dan Chien Yee jawab soalan-soalan ini di sini.

 

This Outstanding Student Inspired 290+ Strangers To Turn Her Dreams Into Reality

3. Senang sangat ke nak kumpul dana dengan crowdfunding? 

Nak memperoleh wang ringgit dengan cara yang halal mesti ada cabarannya. Cabaran sebenar crowdfunding adalah proses persiapan kempen dan juga proses menarik perhatian orang ramai kepada kempen yang ingin kita mulakan.

Kempen yang baik dan mendapat pendanaan biasanya adalah kempen yang ditulis dengan baik. Penjelasan tentang niat pemula kempen tersebut, cara dana itu akan digunakan dan juga latar belakang orang yang memulakan kempen itu akan diambil berat orang yang memberi dana.

Adalah penting juga untuk pemula kempen menarik perhatian ramai orang kepada lelaman kempen crowdfunding. Umpamanya, Chien Yee yang memerlukan RM 10,000 tadi, mendapat sumbangan daripada 285 orang. Katakan, dalam 10 orang yang datang ke lelaman kempen Chien Yee, hanya 2 yang memberi dana. Kalau Chien Yee perlukan 285 orang untuk memberikan kepadanya RM 10,000, ia bermaksud bahawa Chien Yee telah berjaya menarik perhatian 1425 orang untuk melawat kempennya.

The Ultimate List of People Who Will Transform Your Campaign From 0 To 100(%)

 

4. Boleh percaya ke kempen-kempen crowdfunding ni? 

Tidak semua platform crowdfunding mempunyai proses yang ketat untuk mengesahkan kesahihan kempen-kempen crowdfunding yang ada di platform mereka. Oleh itu, pastikan anda tahu lebih lanjut tentang proses setiap platform sebelum menggunakannya.

Namun, di Skolafund.com, kami ada beberapa cara untuk mengesahkan kesahihan sebuah kempen.

Umpamanya, kami meminta kad matrikulasi, surat tawaran universiti, penyata gaji ibu bapa dan sebagainya. Proses pengesahan ini dilakukan untuk setiap kempen di Skolafund untuk memastikan bahawa semua pemula-pemula kempen betul-betul memerlukan.

5. Selain biasiswa apa lagi yang boleh dapatkan dana melalui Crowdfunding? 

Sekarang, kami di Skolafund sedang lihat bagaimana kita boleh juga membantu persatuan-persatuan pelajar di universiti-universiti Malaysia untuk mengumpulkan dana bagi projek-projek mereka. Kami juga mahu membantu mahasiswa yang sedang melakukan penyelidikan di universiti dan memerlukan bantuan.

Selain Skolafund, terdapat beberapa lagi platform crowdfunding yang kini aktif di Malaysia termasuk EthisCrowd.com (bantu menjayakan projek infrastructure melalui sumbangan anda, dan dapatkan untung) dan 100% Project.

Skolafund telah dikenali sebagai satu daripada “Top 10 Malaysian Crowdfunding Companies” oleh Top 10 Malaysia. Baca ulasan kami tentang artikel itu di sini.

Skolafund In The News: TOP TEN, Digerati 50 and… Neelofa??


Sekarang anda sudah kenali crowdfunding dengan lebih mendalami? Jangan lupa kongsi artikel ini bersama rakan-rakan yang mungkin dapat manfaat daripadanya! Anda boleh kongsi secara mudah melalui Facebook, Twitter atau Whatsapp.

Jika anda ingin cuba crowdfunding untuk sendiri, kami menjemput anda untuk lihat Skolafund.com.

Artikel menarik yang lain:

Dengan RM13/sebulan, 30 Pelajar Miskin ini Memulakan Biasiswa Mereka Sendiri

Setiap Pencari Biasiswa & Pelajar Malaysia Wajib “Bookmark” Senarai Ini

5 Manfaat Google Drive Yang Pasti Akan Memudahkan Hidup Graduan Bijak

 

 

Have Your Say!

Write a Comment

Comment

Webmentions

  • Sebar Kebaikan Jariah Di Hujung Jari Anda » Kitafund Blog

    […] yang dinamakan dengan crowdfunding, atau erti kata lain, pendanaan dana orang ramai. Inilah juga istimewanya teknologi apabila ia digunakan dengan cara yang […]

  • 5 Cara Mudah Skolafund Meningkatkan Kepercayaan Dalam Crowdfunding Untuk Pelajar dan Penaja » Skolafund Blog

    […] satu bentuk atau lain, crowdfunding telah lama wujud di negara Malaysia (sempena Hari Merdeka, nantikan artikel tentang permulaan crowdfunding di Malaysia!). […]

  • 5 Simple Ways Skolafund Builds Trust For All in Education Crowdfunding

    […] in some form has been around forever in Malaysia (look out for an article on just how long very soon), but online crowdfunding platforms are still […]