in Articles

Jika aku berusia 22 tahun sekali lagi.

Renungan Seorang Usahawan IT

Jika aku dapat menjadi serorang pemuda berusia 22 tahun sekali lagi, aku akan memilih cara hidup yang berbeza dan berkerja keras tanpa bersikap biadap terhadap bos-bos ku, rakan sekerja ku dan vendor-vendor ku. Aku mahu mengembangkan hubungan yang berkualiti dengan orang-orang tersebut.

Pertama sekali, dalam mencari pekerjaan, aku akan beritahu dan menanya kepada diriku sendiri perkara-perkara berikut:

1. Kenapa perlu syarikat itu menggajikanku?

2. Apa boleh aku berikan atau sumbangkan kepada syarikat itu?

3. Apakah sikap, kepercayaan dan nilai-nilai yang aku bawa bersamaku?

4. Apa yang boleh aku lakukan untuk selarikan kepercayaan-kepercayaan serta nilai-nilaiku dengan kepercayaan-kepercayaan dan nilai-nilai syarikat itu?

5. Adakah berbaloi untuk syarikat itu melaburkan masa dan tenaga bagi menjalankan latihan untuk diriku supaya aku dapat mencapai pembangunan diri dan juga pertumbuhan profesional?

6. Adakah aku bersedia untuk bekerja sedaya upaya untuk berjaya dalam pekerjaanku?

7. Apakah kemahiran-kemahiran yang aku perlukan untuk berjaya dalam perananku di syarikat itu?

8. Apakah sikap dan tingkah laku yang harus aku asah atau bangunkan untuk berjaya menambah nilai di dalam syarikat itu?

9. Bagaimana boleh aku kurangkan risiko kepada bakal majikanku apabila majikanku mengambil aku sebagai pekerja?

Jika aku dapat berusia 22 tahun sekali lagi, aku akan:

1. Menguatkan hubungan dengan orang-orang di tempat kerja seperti rakan sekerja, bos-bos dan juga vendor. Ini penting kerana rangkaian perhubungan kamu akan menjadi nilai bersihmu pada masa hadapan.

2. Memahami diriku. Aku sedar yang aku tak dapat mengubah diri orang lain. Aku cuma boleh mengubah diriku dan menginsiprasikan orang lain. Untuk sesuatu situasi itu berubah, pertama sekali aku yang harus berubah. Apabila aku berubah, persepsiku terhadap orang lain dan dunia ini berubah juga.

3. Mencorak diriku dengan cara yang aku pilih untuk hidup. Aku mahu hidup dengan cara ku sendiri iaitu dengan mengimbangi kerjaya, kewangan, perhubungan-perhubungan, keluarga, kesihatan, ilmu dan agama.

4. Menjadi seorang yang pemberi tanpa meminta apa-apa kembali. Jangan melihat semua perhubungan sebagai sebuah transaksi.

5. Mula menjelajah dunia dan pergi ke sebuah negara baru selama 14-21 hari setiap tahun untuk mempelajari budaya dan cara hidup masyarakat lain sambil merenungkan kehidupanku sendiri.

6. Mengaku kesalahan yang aku lakukan dengan cepat dan biasakan diri untuk meminta maaf dalam situasi-situasi tersebut. Belajar dari pengalaman dan teruskan kehidupan tanpa mengecilkan orang lain dan diri sendiri.

7. Tunjukkan kebolehanku dan nilaiku kepada syarikat sebelum meminta apa-apa daripada syarikat.

8. Merendah diri dan cuba belajar sesuatu dari semua orang yang aku jumpa.

9. Kawal kemarahanku tanpa melepaskannya kepada orang lain.

10. Menghalakan kemarahan terhadap penyelesaian masalah untuk mencipta solusi. Ini lebih baik daripada aku mula menilai (judge) orang lain dan menyakiti mereka dengan kata-kata ku.

11. Fokuskan masa dan tenaga ku kepada penciptaan nilai daripada cuma fokus kepada wang ringgit semata-mata sebab wang ringgit hanyalah ‘by-product’ kepada perkhidmatan baik yang kita berikan.

Pesanan Terakhir

Pesanan terakhirku kepada graduan-graduan baru, ‘Be hungry yet humble’.

Jadi seorang yang terbuka kepada kritikan yang membina. Jadi seorang yang ada sikap ingin tahu, tabah dan bertanggung jawablah terhadap semua tindakan kamu.

Tambah nilai di dalam diri setiap orang yang kamu jumpa. Lakukan apa sahaja yang kamu mampu untuk mencapai hasil yang kamu kehendaki, asalkan ianya bermoral, beretika dan halal.

Gunakan ‘undang-undang proses’ – setapak demi setapak.  

10 Syarikat Idaman Pekerja Di Malaysia – Dan Jawatan Kosong Yang Ada!

10 Syarikat Idaman Pekerja Di Malaysia – Dan Jawatan Kosong Yang Ada!

Have Your Say!