in Articles, Doing Good

Cinta Seorang Bapa Tidak Terkira

Apabila Encik Kawsar Hossein hilang tangannya pada satu kemalangan bas, dia terpaksa mengemis. Hari ini, dia dapat membeli baju baru untuk anaknya buat pertama kali selepas dua tahun. Cerita ini telah menjadi viral, mendapat lebih 65, 000 reaksi dan 20, 000 kongsian di lelaman Facebook GMB Akash, dan telah disiarkan di India Times dan SAYS.com.

Baca luahan yang penuh emosi dan kesedihan Encik Kawsar di bawah. Seorang bapa akan melakukan apapun demi kebahagiaan anak-anaknya.

Encik Hossein hilang tanganya di kemalangan bas.

Gambar: GMB Akash

Sekeping Baju Baru Selepas 2 Tahun Menunggu

Semalam, saya dapat membeli baju baru untuk anak saya selepas dua tahun menunggu. Bila saya memberi 60 keping wang 5 taka ke penjual, dia memekik, dan tanya: adakah saya seorang pengemis? Anak perempuan saya memegang tangan saya dan menangis hendak keluar kedai itu, berkata dia tidak mahu beli baju baru lagi.

Mungkin saya tidak dapat memperoleh apa-apa hari ini, tetapi saya teringin berjalan-jalan bersama anak kecil saya.

Segalanya Berubah Selepas Kemalangan

Sepuluh tahun dulu, tidak pernah saya bayangkan walau di seburuk-buruk mimpi bahawa satu hari nanti, saya terpaksa hidup dengan meminta duit daripada orang. Bas malam terjatuh dari jambatan dan dengan nasib yang luar biasa, saya masih hidup. Tetapi saya hidup dengan menjadi seorang OKU.

Anak lelaki kecil saya selalu tanya: di mana saya tinggalkan tangan saya yang lagi satu? Dan anak perempuan saya Sumaiya menyuap saya setiap hari. Dia kata dia tahu betapa susah untuk melakukan semua kerja dengan hanya satu tangan.

Selepas dua tahun, anak perempuan saya memakai baju baru. Sebab itu hari ni saya membawa dia bersama untuk bermain buat sementara. Mungkin saya tidak dapat memperoleh apa-apa hari ini, tetapi saya teringin berjalan-jalan bersama anak kecil saya.

Membuat Kenangan Gembira

Saya meminjam senyap-senyap telefon bimbit ini daripada jiran saya, tanpa meberitahu isteri saya. Anak perempuan saya tidak mempunyai sekeping gambar, dan saya mahu membuat hari ini sebagai kenangan baginya.

Satu hari, bila saya mempunyai telefon, saya akan mengambil banyak gambar anak-anak saya. Saya mahu simpan kenangan yang baik.

Seorang raja dan puterinya

Tidak Mampu Membayar Yuran

Memang sangat susah untuk menghantar anak-anak ke sekolah, tetapi saya memastikan mereka semua dapat pendidikan. Kadang-kala, mereka tidak boleh mengambil peperiksaan kerana tidak mampu membayar yurannya. Pada hari-hari sebegitu, mereka rasa sungguh sedih. Saya memberitahu mereka: kadang-kala, kita boleh meninggalkan peperiksaan kerana peperiksaan yang paling besar ialah kehidupan yang kita melalui setiap hari.

Sekarang, saya akan pergi mengemis. Saya akan meletak anak saya di satu tempat di mana dia akan menunggu saya. Saya akan lihatnya dari jauh apabila mengemis. Saya merasa malu bila dia nampak saya menghulurkan tangan satu saya meminta orang. Tetapi dia tak pernah tinggalkan saya. Kereta-kereta besar ini menakutkannya, kerana dia takut kereta langgar saya dan saya akan mati. 

Saya merasa malu bila dia nampak saya menghulurkan tangan satu saya meminta orang. Tetapi dia tak pernah tinggalkan saya.

Berbual Tentang Impian Hidup Kita

Pada hari yang saya mendapat sedikit wang, saya balik rumah memegang tangan anak saya. Kita pergi ke bazaar dan anak perempuan saya akan selalu memegang beg itu. Pada hari hujan, kita suka bermain air dan berbual tentang impian-impian kita. 

Pada hari yang saya tidak mendapati apa-apa, kita balik rumah tanpa berkata apa-apa. Hari sebegitu saya seperti rela mati, tetapi pada waktu malam apabila anak-anak saya memeluk saya untuk tidur, saya rasa kehidupan tidak sepahit itu.

Saya sedih apabila anak perempuan saya menunggu di sana sambil menunduk ke bawah. Saya tidak dapat memandang wajahnya semasa mengemis. Tetapi hari ini berlainan. Kerana hari ini anak saya sungguh gembira. Hari ini bapa ini bukan seorang pengemis. 

Hari ini bapa ini seorang raja, dan inilah puterinya.

– MD. Kawsar Hossain [via GMB Akash]

Have Your Say!