in Articles

Shh… Ramai pelajar universiti tidak tahu tentang servis ini

– Jangan order pizza aje, order lah buku juga

Bayangkan situasi ini: anda, seorang pelajar universiti di Malaysia, sedang melakukan satu research project yang mungkin akan selamatkan dunia.

Tetapi sebelum anda boleh selesaikannya dan terima Nobel prize untuk sumbangan kepada kemanusiaan, anda perlukan satu bahan rujukan. Satu buku yang hanya dicetak sekali sahaja tetapi mengandungi kunci kepada research anda.

Dan buku itu tidak ada di perpustakaan universiti anda. Tak boleh jumpa di seluruh Malaysia pun. Hanya ada terselit di sebuah rak di perpustakaan di Britian, 10,576km dari sini.

Okay, mungkin angan-angan kami over sedikit. Tetapi seikhlasnya, siapa di antara kita yang tidak mempunyai harapan untuk membuat sumbangan (walaupun kecil) yang mampu membawa manfaaat ke orang ramai?

Untuk para akademik, research merupakan cara untuk mengubah dunia.

Tahukah anda terdapat ramai penyelidik Malaysia yang terkenal sedunia seperti Dr. Mazlan Othman (pakar astronomi dan pengasas Planetarium Negara), Dr. Betty Sim Kee Lee (bantu mengeluarkan vaksin untuk penyakit malaria) dan banyak lagi?

Dr Betty Sim Kee Lee, penyelidik dan sainitis yang bantu menghasilkan vaksin malaria

Dr Betty Sim Kee Lee, sainitis Malaysia yang bantu menghasilkan vaksin malaria (Credit: The Malay Mail Online)

Sama ada anda seorang pelajar universiti atau Professor yang telah lama membuat research, asas setiap penyelidikan ialah bahan rujukan (atau literature review). Namun, buku atau bahan rujukan lain yang diperlukan tidak selalu ada di perpustakaan universiti anda.

Kadang-kadang, buku itu hanya ada di universiti lain di Malaysia. Dan (pernah juga berlaku), buku itu hanya ada di perpustakaan di UK.

Di sinilah kita boleh menggunakan servis pinjaman antara perpustakaan atau Inter-Library Loan (ILL).

Tahukah anda tentang Inter-Library Loan (ILL)?

Ya, short form servis ini bermakna sakit. Tetapi dengan ILL, anda tidak perlu sakit hati lagi jika bahan rujukan yang diperlukan tidak ada di perpustakaan universiti anda.

Ini kerana Inter-Library Loan memberi kebolehan pada pelajar dan penyelidik universiti di Malaysia “order” bahan rujukan yang diperlukan. Tidak kira di manapun universiti yang ada bahan yang diperlukan, dalam beberapa hari ia akan dihantar terus ke tangan anda.

Apa contoh bahan rujukan yang boleh dihantar melalui ILL?

Buku. Thesis. DVD. Artikel journal. Prosiding Persidangan (Conference proceedings). Bab-bab Buku.

Kesemua ini merupakan contoh bahan rujukan yang anda boleh dapatkan daripada perpustakaan universiti di seluruh Malaysia – tanpa perlu menggunakan tenaga dan $$$ untuk ke sana!

Bilik membaca di British Library, UK (Credit: richardalois.com)

Dan bukan sahaja Malaysia…jika buku yang diperlukan itu boleh dijumpa di British Library, ia juga boleh dihantar melalui servis Inter-Library Loan. Ya, benar.

Jangan risau lagi kalau perlukan bahan rujukan – ini cara gunakan Inter-Library Loan

Setiap universiti ada prosedur tersendiri untuk menggunakan servis Inter-Library Loan dan kami cadangkan anda check dengan pustakawan anda.

Secara am, ini cara untuk menggunakan Inter-Library Loan:

  1. Pastikan melalui catalogue search di perpustakaan universiti anda bahawa bahan rujukan itu tidak dipunyai oleh perpustakaan universiti
  2. Dapatkan semua informasi tentang bahan rujukan yang ingin dipinjam seperti:
    1. Judul Buku/Artikel/Journal
    2. Tahun Penerbitan
    3. DOI/URL/Call Number
    4. Universiti yang mohonan ini ditujukan
  3. Isikan online form ataupun hard copy yang disediakan dan hantarnya kepada pihak yang tertentu
  4. Selepas beberapa hari, anda boleh mengambil bahan rujukan itu di perpustakaan universiti anda sendiri!

Seperti kami katakan, pastikan bersama pihak universiti anda untuk mengetahui cara-cara spesifik. Kami telah senaraikan beberapa lelaman tentang Inter-Library Loan perpustakaan universiti Malaysia di bawah.

Senarai Prosedure Inter-Library Loan Universiti di Malaysia

Jika anda ingin bantu kami tambah kepada senarai ini, tinggalkan comment dan link!

Kami harap pelajar universiti dapat menggunakan Inter-Library Loan untuk kajian bermanfaat

Ada soalan tentang kehidupan universiti? Atau sedang cari kerja sebagai fresh graduate? Tulis surat kepada kami di [email protected] dan kami akan cuba menjawab soalan-soalan anda di blog ini!

Jangan lupa join mailing list kami di sini: https://blog.skolafund.com/email-sign-up/

Artikel yang kami rasa anda akan suka:

11 Nasihat Seorang ‘Abang HR Prihatin’ Kepada Setiap Graduan Yang Cari Kerja

5 Manfaat Google Drive Yang Pasti Akan Memudahkan Hidup Graduan Bijak

6 Persediaan Wajib Untuk Pelajar Universiti Yang Hendak Berjaya Pada Semester Baru

 

 

 

 

(Featured Image: Taylor’s University Malaysia, Eduspiral)

Have Your Say!