in Articles

Hari Ibu 2017 hampir menjelma. Tarikh 14 hari bulan Mei menandakan Hari Ibu tahun ini. Tiap-tiap tahun kita sering berfikir apa yang harus kita belikan untuk ibu kita sempena Hari Ibu.

Saban tahun kita belikan ibu kita bunga, coklat, belanja makan malam bersama keluarga dan sebagainya.

Tahun ini Skolafund mahu mengesyorkan alternatif baru untuk meraikan Hari Ibu.

Apa kata, awak mulakan satu biasiswa-mikro atas nama Ibu awak sempena Hari Ibu bulan depan?

Awak mungkin bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan biasiswa-mikro?”

Biasiswa-mikro adalah sama dengan konsep biasiswa, iaitu dana yang ditetapkan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Dengan sistem Skolafund, awak boleh menetapkan sendiri nama biasiswa yang akan dimulakan. Sebagai contoh, jika nama ibu awak Aminah Sidek, awak boleh menamakan biasiswa itu, ‘Biasiswa Aminah Sidek’ ataupun ‘Aminah Sidek Scholarship’.

Skolafund akan bantu untuk menyiapkan satu lelaman web yang khusus untuk biasiswa awak. (Contoh: https://yma.skolafund.com/).

Awak juga boleh menetapkan kriteria-kriteria yang awak mahukan. Umpamanya, ibu awak alumni UiTM Shah Alam, kami boleh mengkhususkan biasiswa ibu awak hanya untuk pelajar UiTM Shah Alam.

Skolafund juga boleh menambahkan kriteria-kriteria lain mengikut cita rasa awak. Sebagai contoh, pendapatan ibu bapa pelajar (untuk fokus kepada pelajar kurang berkemampuan), gred minima, negeri asal dan sebagainya.

Skolafund boleh membantu dalam keseluruhan proses memulakan biasiswa, promosi biasiswa, pemilihan penerima biasiswa dan juga pembayaran yuran langsung ke sekolah.

Nilai minima untuk memulakan biasiswa-mikro melalui Skolafund adalah RM 1000. Ini bermaksud, dengan jumlah serendah RM 1000 anda boleh memulakan biasiswa-mikro atas nama ibu anda di Skolafund. Namun, jumlah yang kami syorkan adalah RM 5,000 kerana jumlah ini mencukupi untuk seorang pelajar membayar yuran, sewa, makan-minum untuk satu semester.

Jika berminat – sila daftar di sini

Whatsapp adik, abang, akak dan ayah, beritahu mereka tentang biasiswa-mikro sempena hari ibu ini dan bersama-sama mulakan biasiswa atas nama Ibu anda!

Sekian! Mulakan biasiswa, bantu pelajar yang kurang berkemampuan dan tinggalkan legasi!

Untuk maklumat lanjut tentang proses memulakan biasiswa dengan Skolafund, sila lihat lelaman ini.

 

Have Your Say!