in Articles, Doing Good, Education

7 Kisah Tersembunyi Daripada Malaysia Tentang Membina Kehidupan Lebih Baik.

Tonton setiap video. Kami cabar anda untuk tidak menangis.

Secara fitrah, kami manusia semua suka cerita. Bayangkan drama Korea anda yang paling anda suka. Atau mengapa wayang tentang 3 idiots mengejar impian universiti mereka boleh buat anda nangis. 

Otak kami seperti boleh menghadami isu-isu dengan lebih mudah apabila diceritakan dalam bentuk kisah – tetapi lebih penting sekali, hati kita juga sama. Apabila kita dengar sebuah cerita, hati kita boleh terharu.

Itulah pemikiran di sebalik Our Better World, sebahagian dari Singapore International Foundation. Mereka pergi ke seluruh Asia untuk menceritakan kisah-kisah rakyat biasa membuat baik – untuk memberi inspirasi bagi kita semua untuk berbuat baik juga.

Our Better World seeks to inspire action through stories.

Source: Our Better World

Dari Indonesia ke Nepal, Cambodia ke Philippines, rakan-rakan kami di Our Better World telah menceritakan 179 kisah sejauh ini. Setiap daripada kisah itu merupakan kisah yang memang berhak diceritakan.

7 Kisah Tersembunyi Daripada Malaysia – Pelarian, Ketagih Dadah & Banyak Lagi

Di artikel ini, kita mengumpulkan 7 kisah yang diceritakan oleh Our Better World – daripada Malaysia tercinta.

Video-video di sini tidak perlu sebarang komentari, dan kita benar-benar cadangkan anda menonton setiap satu daripada kesemuanya (kerana kita juga berbuat begitu).

Ibu berbangsa India. Pelukis berbangsa Cina. Pelarian daripada Syria. Rockstar berbangsa Melayu. Penyelam berkerusi roda. Michael Jackson – dalam bentuk dikir barat.

Ini wajah Malaysia yang kita ingin melihat lebih lagi. Ini idea Malaysia yang kita boleh menjadi, satu hari nanti.

1. Aku ingin setiap anak Malaysia menyanyi lagu ini, lagu anti-dadah

“Saya berikrar bahawa saya ingin hentikan ini. Saya ingin melawannya. Kita mesti jadi band yang menewaskan dadah.”

Bava kisah Khai Aziz di Our Better World.

Ketahui bagaimana anda boleh membantu Drug Free Youth Malaysia.

2. Anda boleh mengajar mereka membaca – melalui Skype

“Pada saya, pendidikan bukan hanya tentang akademik sahaja. Ia sepatutnya tentang benda-benda di sekeliling mereka, orang-orang di sekeliling mereka – budaya hormat-menghormati inilah sebenarnya pendidikan.”

Baca kisah Yans Ganghadaran di Our Better World.

Ketahui bagaimana anda boleh membantu Right to Learn KL.

3. Di dalam air, kita semua tidak boleh diri – kita semua sama

“Warga special ini ada sikap yang betul. Mungkin kerana dengan warga special, mereka menghargai peluang – kerana hanya sekali sahaja, mereka terus mengambilnya.”

Baca kisah Wang Ming di Our Better World.

Ketahui bagaimana anda boleh membantu Society of People Support People (PSP) Malaysia.

4. Pernahkah anda lihat  terrapin tersenyum?

“Dikatakan kalaulah pupus turtle kat sungai ini, anak cucu kita bagaimana? Adakah mereka akan tahu ada turtle atau tidak?”

Baca kisah Pak Wazel di Our Better World.

Ketahui bagaimana anda boleh membantu Turtle Conservation Society Malaysia.

5. Dari kegelapan banjir di Kelantan, bangkit harapan muda

Mula-mula kita mesti ambil berat sama-sama/ Lepas itu kita semua kena luangkan masa (If we care enough for the living/ Make a little space)

Baca kisah anak-anak muda berinspirasi di Our Better World.

Ketahui bagaimana anda boleh membantu AidHome.

6. Mereka memberitahu pelarian Syria ini sesuatu yang mengubah kehidupannya

Tiada perkataan yang boleh mengatakan perasaan rindu saya terhadap negara saya. Saya selalu memberitahu diri saya, saya tidak mampu membantu mereka di negara saya – tetapi saya boleh membantu mereka di sini.

Baca kisah Hasan di Our Better World.

Ketahui bagaimana anda boleh membantu Cybercare.

7. All the love that can be expressed – through art

“Jika kita mampu berkerjasama dan melakukan sesuatu yang baik untuk alam semesta, mengapa tidak? Saya ingin kewujudan yang lebih bermakna.”

Baca kisah Suzi Chua di Our Better World.

Ketahui bagaimana anda boleh membantu iPhilosophise di sini.

Adakah anda rasa keinginan untuk membina kehidupan lebih baik?

Kerana sebenarnya, apa yang diperlukan hanya niat untuk membuat sedikit pengubahan di dunia ini.


Jika artikel ini membuat anda berasa bersemangat, jangan lupa share kepada rakan-rakan universiti agar dunia ini menjadi lebih terang lagi. Anda boleh share dengan mudah melalui Facebook, Twitter atau Whatsapp.

Jika anda suka artikel ini, anda mungkin suka:

This Outstanding Student Inspired 290+ Strangers To Turn Her Dreams Into Reality

“Crowdfunding was not just about raising funds – I also received a lot of love.”

 

 

Have Your Say!