in Articles, Education

Belajar 5 Ayat Mudah Bahasa Turki Ini Untuk Pelajar “Exchange”

dan ketahui di mana anda boleh belajar Bahasa Turki di KL!

Amira Yusof, seorang pelajar Biotechnology di UIAM, kongsi bersama kami 5 ayat mudah dalam bahasa Turki yang beliau belajar sebagai persediaan untuk exchange ke Isparta, Turkey pada tahun hadapan. 

5 ayat ini boleh digunakan oleh pelajar dan juga professional untuk mengenalkan diri dan pasti akan menawan hati orang Turki yang mendengarnya.

Bantu campaign Skolafund Amira dan beri peluang untuk 'exchange' ke Turkey!

Bantu campaign Skolafund Amira dan beri peluang untuk ‘exchange’ ke Turkey!

Jika anda juga ingin belajar bahasa indah ini, Amira juga telah kongsi satu institusi di KL yang patut anda kunjungi! Semua informasi yang diperlukan ada di hujung artikel ini.

5 Ayat Dan Frasa Bahasa Turki Anda Boleh Belajar Dan Gunakan Sekarang

1. Memperkenalkan Diri

Bahasa Turki: “Merhaba, benim adım Mira. Ben Malezyalıyım. Memnum oldum.”
Bahasa Malaysia: Hi, nama saya Amira. Saya daripada Malaysia. Selamat berkenalan!
English: Hi, my name is Amira. I am Malaysian, Nice to meet you!”

2. Tanya Khabar

Bahasa Turki: “Siz nasılsınız?”

BM: Apa khabar?

English: How are you?

3. Ucap Terima Kasih

Bahasa Turki: “Teşekkur, ederim iyiyim.”

BM: Terima kasih, saya sihat/baik.

English: Thank you, I am fine.

4. Saya suka…

Bahasa Turki: “Kırmızı seviyorum.”

BM: Saya suka warna merah.

English: I like/love red.

5. Memuji keindahan bunga

Bahasa Turki: “Gül çok güzel.”

BM: Bunga ros ini sangat cantik.

English: The rose is very beautiful.

Anda Boleh Belajar Bahasa Turki di Yunus Emre Institution Di Menara MBF, KL

Berminat untuk belajar Bahasa Turki dengan lebih dalam lagi? Amira telah kongsi bersama kami di Skolafund tempat di mana dia belajar ayat-ayat di atas sebagai persediaan sebelum ke exchange di Isparta, Turkey.

Amira dapat tahu tentang Yunus Emre Institution daripada pihak universiti dan telah belajar bersama guru (yang berasal dari Turki!) selama sebulan. Menurutnya, cara mengajar guru tersebut amat mudah dan dia tidak ada masalah dalam memahami apa yang disampaikan.

Menurut Amira, Yunus Emre Institution juga menyediakan kelas untuk orang awam pada harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi Yunus Emre Instituiton terus atau secara online di:

Address: Turkish Cultural Cetnre Ground Floor, Menara MBF, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 21130771-72

Anda juga boleh hubungi mereka melalui Facebook atau Twitter.

Bantu Amira Mencapai Peluang Emas Ini – Hanya Semudah Satu Share

Adakah artikel ini telah membawa manfaat kepada anda? Jika ya, mungkin anda ingin membantu Amira dalam usahanya untuk mengumpul dana bagi exchange beliau ke Isparta, Turkey.

Amira dibesarkan oleh ibunya sejak umur 8 tahun lagi selepas ayahnya meninggal. Walaupun dia tidak anggap dirinya sebagai “susah”, dia sentiasa cuba untuk meringankan beban ibunya.

Namun, apabila Amira berjaya dipilih untuk peluang emas exchange ini ke Turki, dia dan ibunya bersetuju bahawa ini satu pengalaman yang tak dapat dilepaskan.

Jika anda ingin bantu campaign Amira, anda boleh share artikel ini atau beritahu rakan-rakan tentangnya melalui Facebook. Setiap share amat berharga kerana dapat membawa campaign ini ke perhatian mereka yang mungkin dapat sumbangkana dana kepada Amira.

Selamat belajar Bahasa Turki kepada semua pembaca!

Artikel lain:

Pendapat Mahasiswa: Universiti Bukan Tempat Memperoleh Kekayaan Tetapi…

5 Amazing Benefits That Will Motivate You To Learn A New Language Immediately

Have Your Say!